THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES
CEMERLANG, KARISMA, AKHLAK, MULIA, DISIPLIN, IQ, EQ, SQ....

Monday, April 6, 2009

BURUNG MEMBACA AL-QUR'AN

Saturday, April 4, 2009

REFLEKSI

Anda dikehendaki untuk membuat refleksi terhadap soalan-soalan yang dikemukakan di dalam blog anda sendiri. Penilaian akan dibuat berdasarkan cara anda melakukan refleksi atau dalam erti kata yang lain cara anda menjawab soalan-soalan refleksi berikut:

Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

Kemahiran abad 21 merupakan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan penggunaan kemahiran-kemahiran yang asas yang ingin dibangunkan oleh negara pada generasi pelapis negara. Ia merangkumi kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengira, kemahiran sains teknologi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pengurusan diri dan kompetatif ( keusahawanan ), kemahiran belajar dan bekerja, kemahiran fizikal, kemahiran hubungan antara peribadi dan kemahiran estetika. Sebagai seorang guru, transformasi perlu dilakukan ke arah mencapai hasrat negara yang ingin membangunkan generasi yang memiliki kemahiran abad 21.

Transformasi yang perlu dilaksanakan oleh guru adalah melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran abad 21 terlebih dahulu. Guru harus mendalami dan menguasai setiap inci kemahiran tersebut sebelum ‘menurunkan’ kemahiran-kemahiran tersebut kepada anak-anak didiknya. Sebagai contoh, kemahiran menggunakan alat bantu mengajar yang berteknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai oleh seseorang guru. Ini adalah penting kerana kegagalan menguruskan alat bantu mengajar tersebut akan mendorong kepada kegagalan pengajaran pada hari tersebut. Jika hal ini berlaku setiap kali guru masuk ke kelas, sudah tentu objektif pengajaran tidak akan tercapai. Ini sekaligus menyebabkan kegagalan melaksanakan dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, guru perlu menggalakkan pelajar-pelajarnya menguasai kemahiran abad 21. Penekanan ke arah itu adalah sangat perlu kerana ini akan membantu dalam mencapai hasrat negara dalam menerapkan kemahiran tersebut pada genarasi akan datang. Guru merupakan agen utama kepada perubahan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik dari masa sekarang. Oleh yang demikian, guru haruslah sekuat tenaga dan sedaya upaya dalam menyampaikan dan mendidik anak bangsa menuju ke arah negara yang cemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang. Untuk mencapai cita-cita tersebut, ia bergantung kepada lemahnya atau kuatnya masyarakat dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang diwartakan dan dihasratkan oleh negara sebagai kemahiran abad 21.


Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?


Perkara pertama yang akan saya lakukan adalah memohon daripada pihak berwajib kemudahan dan perkakasan ICT di sekolah jika sekolah tersebut masih tiada atau kurang dengan kemudahan-kemudahan ICT yang mana ia menyukarkan pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat penting untuk menerapkan atau membudayakan ICT di sekolah. Ini ibarat hendak makan nasi mestilah ada berasnya terlebih dahulu.

Perkara kedua yang akan dilakukan adalah dengan memberi penerangan kepada guru-guru lain tentang kepentingan dan keistimewaan penggunaan perkakasan ICT di sekolah. Saya akan memohon slot khas untuk memberi penerangan kepada guru-guru lain tentang perkara tersebut. Selain itu, saya akan cuba menggunakan platform-platform tertentu untuk memberi penerangan kepada guru-guru lain contohnya ketika mesyuarat guru-guru. Penerangan secara individu juga perlu. Di samping itu, saya akan mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkara di sekolah untuk menarik minat guru-guru lain supaya menggunakan ICT.

Selain itu juga, saya akan mengadakan bengkel ICT untuk guru-guru dan staf sekolah yang berminat dalam mendalami bidang ICT. Program seperti ini boleh dilaksanakan ketika hari sabtu dan ahad. Untuk lebih menarik minat guru lain, bengkel tersebut adalah percuma. Tempat pula, ia boleh dilaksanakan di makmal computer sekolah.

Saya akan cuba untuk mewartakan di peringkat sekolah satu minggu dari empat minggu sebulan sebagai ‘minggu membudayakan ICT’. Ia akan di laksanakan setiap bulan. Kemungkinan di dalam minggu ICT tersebut saya boleh mengutarakan pendapat kepada pihak sekolah supaya mawajibkan penggunaan ICT sepenuhnya dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Murid-murid juga perlu menggunakan perkakasan ICT sepenuhnya di dalam menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberikan.

Setiap perkara di atas merupakan langkah-langkah yang harus dan perlu di dalam membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah.


Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.

1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Kemahiran yang ada pada saya yang membolehkan saya mengawal proses pembelajaran saya secara atas talian adalah kemahiran berkomunikasi dengan menyediakan ruang untuk pelajar-pelajar secara terus kepada saya. Di ruang tersebut, pelajar-pelajar boleh bertanya kepada saya tentang apa-apa yang tidak difahami tentang pelajaran dan perkara berkaitan. Ketegasan saya diperlukan di dalam meminta pelajar menghantar tugasan atau kerja rumah mengikut tarikh yang ditetapkan. Tindakan memotong atau mengurangkan markah mungkin boleh digunakan kepada pelajar-pelajar yang selalu menghantar kerja rumah lewat. Segala proses penghantaran adalah melalui atas talian.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

Bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh pensyarah supaya saya boleh mengawal proses pembelajaran saya atas talian adalah menyediakan atau menyenaraikan laman-laman web yang penting untuk menjadi rujukan kepada saya supaya memudahkan proses pembelajaran saya ketika dilluar kuliah. Rujukan berbentuk penulisan buku juga perlu untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Nota-nota asas tentang subjek yang dipelajari juga perlu diedarkan kepada setiap pelajar sebagai rujukan. Ini supaya setiap pembelajaran yang diberikan dapat diikuti oleh saya ketika proses mendapatkan atau menyiapkan tugasan di luar kuliah.

Saya berpendapat begini kerana bukan semua pelajar-pelajar mempunyai internet di rumah. Jika menyiapkan tugasan di zon-zon yang mempunyai internet percuma seperti di perpustakaan, selalunya akan ada masalah seperti signal wireless lemah dan perkhidmatan computer percuma pula selalunya akan ada gangguan virus kerana kelemahan sistem penyelenggaraan komputer. Jika hendak menggunakan perkhidmatan internet di cyber café sudah tentu dikenakan bayaran. Jika rujukan sudah ada mungkin tidak menjadi masalah. Jika tiada, maka ia akan mengambil masa yang lama untuk search laman-laman web tertentu untuk rujukan dan sebagainya. Masa yang lama akan dikenakan bayaran yang lebih.

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Perkara yang perlu bagi seorang guru adalah menyediakan satu ruang yang mana dalam ruang tersebut dapat digunakan oleh pelajar untuk bersoal jawab sesama sendiri jika wujud sebarang kemusykilan. Guru juga perlu memantau dan mengawal komunikasi supaya ruang tersebut tidak disalah gunakan oleh pelajar seperti untuk bercinta dan sebagainya yang tidak berfaedah.

Selain itu guru juga perlu atau digalakkan memberi peneguhan positif seperti pujian bagi pelajar yang aktif menggunakan ruang untuk berbincang. Mungkin guru juga boleh memberi hadiah kepada pelajar tersebut. Bagi yang kurang mengaplikasikan ruang yang disediakan mungkin guru boleh memberikan nasihat kepada mereka dan bertanya kepada mereka tentang masalah yang dihadapi jika ada. Walaubagaimanapun ketegasan seorang guru adalah penting supaya pelajar-pelajar boleh patuh kepada setiap arahan yang diberikan.

Refleksi 4:
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Ketika menerima tugasan tersebut, saya mula membayangkan satu bentuk projek yang mana di dalamnya terdapat bahan pengajaran yang lengkap termasuk set induksi, isi pengajaran, penilaian dan bahan-bahan lain. Tetapi item-item ini perlu lengkap dan canggih untuk menarik minat pelajar. Untuk ke arah itu, elemen-elemen seperti grafik, audio dan video serta elemen lain diperlukan di dalam projek tersebut.
Bagi saya tugasan seperti ini membantu kami mengenali apa itu story board dalam membina projek. Selain itu, ia juga memahamkan saya apa itu tugas sebagai instructional designer yang mana saya ditugaskan mengendalikannya di samping dapat mengenali dan memahami tugas-tugas lain.

Apa yang paling penting tugasan ini dapat mengajar saya erti kesabaran dalam penghasilan projek. Tugas yang paling berat bagi saya adalah pembuatan story board. Saya dan rakan terpaksa tidur lewat untuk beberapa malam untuk menyiapkan story board. Sememangnya kami faham setiap perkara yang hendak dilaksanakan perlu mempunyai perancangan yang teliti untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Alhamdulillah selesai akhirnya. Apapun tugasan yang diberikan memberi banyak kebaikan dan pengalaman kepada saya dalam
mendalami bidang multimedia.

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Pada pendapat saya projek ini dapat membantu saya dalam menjalani pratikum tidak lama lagi. Apapun ia bergantung kepada kemudahan multimedia yang terdapat di sekolah. Saya dapat menggunakan semula projek yang siap dibina yang berkaitan dengan pelajaran yang akan diajar nanti di sekolah. Saya akan mengaplikasikan semula apa yang dipelajari dalam membina projek di dalam kuliah untuk menghasilkan projek-projek baru. Mungkin saya memerlukan bantuan beberapa orang guru lain untuk melengkapkan lagi pembahagian tugas dalam penghasilan projek. Ini merupakan suatu perkara yang baik dalam memajukan lagi kaedah pengajaran terhadap pelajar sekolah yang kita sedia maklum semakin jauh dengan Islam lantaran kejutan budaya asing terutama budaya Barat yang negatif.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Ya. Pada pendapat saya, kaedah penilaian seperti ini sememangnya baik. Akan tetapi terdapat kelemahannya. Kelemahannya, pelajar yang membentang tidak tahu apakah kesilapannya semasa membina projek dan membentangnya. Bagi saya, kaedah penilaian seperti ini terus dikekalkan. Tetapi hendaklah ditambah dengan sesi perbincangan secara lisan selepas penilaian dibuat. Dengan perbincangan ini, ia akan dapat menyentuh kesilapan dengan lebih spesifik seterusnya kumpulan yang membentang dapat melakukan pembetulan dan penambahbaikan. Selain itu, pelajar lain juga boleh mengambil pengajaran terhadap kesilapan yang dilakukan oleh sahabat mereka semasa membentang dan ketika membina projek. Ini adalah pandangan saya.

Refleksi 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Tidak. Ini kerana setiap software yang kami pelajari di dalam kuliah dapat kami aplikasikan mengikut kreativiti kami semasa penghasilan projek. Tambahan pula, kami diajar secara mendalam bagaimana menyampaikan pengajaran berasaskan perkakasan ICT dan teknologi multimedia. Di samping pengaplikasian ICT dalam pengajaran, kami ditekankan berkenaan dengan isi pengajaran yang akan diajar.